Sabtu, 23 Julai 2011

Jadual pembayaran gaji kakitangan kerajaan 2011


Semoga dengan adanya jadual pembayaran gaji kakitangan kerajaan 2011 ini akan memudahkan kakitangan kerajaan untuk merancang perbelanjaan dan kewangan mereka...

sorry tak clear.....
Sekarang ini kos sara hidup kian meningkat. Oleh itu berbelanjalah dengan bijak...

Ahad, 17 Julai 2011

APLIKASI KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA

ABSTRAK

Pengajaran bahasa dengan menggunakan komputer adalah antara kaedah pengajaran yang dianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan kini. Penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa mampu mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru dan penguasaan kemahiran bahasa pelajar. Persoalannya ialah sejauh manakah guru Bahasa Melayu (BM) melaksanakan pengajaran menggunakan komputer dan tahap penguasaan guru serta kekangan yang dihadapi. Maka kajian secara tinjauan ini meneliti tahap dan kekangan dalam melaksanakan pengajaran bahasa menggunakan komputer. Di samping itu, kajian juga mengkaji
kekangan yang mengganggu pelaksanaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran. Sampel kajian terdiri daripada 87 guru BM di sekitar daerah Hulu Langat, Selangor. Dapatan kajian menunjukkan sampel kajian menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan komputer dan kebanyakan mereka telah mengikuti kursus asas komputer. Kursus yang berkaitan penyediaan bahan pengajaran multimedia, penggunaan internet dan pembinaan laman web agak kurang diberikan perhatian. Kesan pengajaran BM menggunakan komputer kepada pelajar agak positif terutamanya kepada pelajar yang cerdas. Kekangan utama yang dihadapi oleh guru
dalam menjalankan pengajaran BM berbantukan komputer ialah guru kurang mahir mengendalikan komputer untuk pengajaran dan pelajar kurang berminat dalam pembelajaran.



Sabtu, 16 Julai 2011

Khabar dari SK.Sungai Salleh

30 tahun penantian ke FINAL

Hari Tautan Kasih

Sukan Tahunan SK.Sungai Salleh kali ke 35


kem solat 2011


 
Pertandingan Keceriaan Kelas

Majlis Persaraan Guru Besar SK.Sungai Salleh
En.Md.Isa Bin Saad

aktiviti larian 1 Malaysia